Pssstttt.... untuk menambah power ikan WADI ni...resepi ni Cik Tipah tulis dalam 2 bahasa. Kepada orang banjar yang dah tak reti bercakap banjar....meh le kita sama2 belajar.....
Bahasa Melayu / Banjar
Bahan-Bahan
- Ikan wadi yang sudah sedia untuk dimasak (selalunya simpan seminggu dua, lagi lama, lagi "busuk" baunya lagi sedap)
- Ikan wadik yang udah siap handak dimasak ( selalu nyak simpan saminggu dua, lagi lawas lagi haruk baunya lagi nyaman rasanya)
WADI GORENG / WADI SANGAK
- Ikan wadi ditoskan. Selepas itu di goreng dengan minyak masak yang dipanaskan dengan api yang besar. Untuk menambah aromanya, goreng sekali dengan hirisan bawang merah sehingga garing. Boleh juga di campurkan sama dengan cabai padi.
- Ikan wadi dities banyu nyak. Limbah tu disangak awan minyak panas. Api tu biar ganal.
Kalau handaq lagi nyaman baunya, sangak awan bewang hiris. Buleh juwak disangak awan lumbuk perawit.
WADI HALIA / WADI HALIAK
- Ikan wadi dibasuh dan di toskan terlebih dahulu. Campurkan sejumlah hirisan halus/ kepingan halia. Tumbuk sedikit lada hitam/ putih dan gaul sekali bersama asam keping.
Semua dimasukan kedalam pelengat dan dikukus. - Ikan yang sudah dities banyu nyak dicampor awan hirisan haliak. Tumbuk saikit sahang, limbah tu digaul awan asam kaping. Diandak dalam pelengat dan disumap.
WADI MASAK LEMAK / WADI MASAK LAMAK
- Seperti masak lemak yang lain menggunakan rempahan kunyit, cabai, bawang merah, lengkuas dan sebagainya.. Tumis dan masukan santan sebagai kuahnya. Ikan wadi dimasukan semasa santan mula mendidih. Boleh dimasukan sama bahan seperti keladi dan nenas
- Samai juwak ilah masak lamak yang lain nyak. Inyak menggunakan jinar, lumbuk, bawang halui, langkuas. Tumis barang tadik (ditumbuk huluk) awan minyak dan buati santan (kuah nyak). Buati wadi bila santan nyiur nyak mula mengelegak. Buleh hai juwak ditambah awan keladi dan nanas
Fuh tergeliat lidah Cik Tipah ari ni speaking. Lama dah kada bersurahan banjar (lama tak cakap banjar). Apapun jangan lupa dapatkan Ikan WADI Cyber Cik Tipah. Hanya RM7.00 sebungkus dan nikmatilah ikan WADI hari ini juga. Order.... jangan tak order.....
Cik Tipah juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin berkongsi resepi Ikan WADI disini. Atau apa juga resepi makanan orang banjar. Tak kisah la.....
Suka dengan posting ini....??? Sudilah kiranya kongsikan dengan rakan-rakan lain keenakkan dan keunikan makanan tradisi kita dalam usaha untuk mengekalkannya agar tidak pupus ditelan zaman. Klik button dibawah untuk menyokong usaha ini. Terima Kasih.
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
5 Comments
selamat maju dalam bajual wadi wahinik ngalih handak malihat wadi dijual dikadai walaupun macam akuk bagana disg manik
Reply Deleteteruskan menjual wadi ye cik tipah..cik ani suke!!!!
Reply Deletewahhh... ni first time dgr dan tgk gambar ikan wadi sepat.... nak oder la.... nak rasa...
Reply Deletesalam buat cik tipah cyber,klu ikan wadi cik tipah ni di masak asampedaspower melaka ke ok ke ,nak tana CIK TIPAH,ikan wadi ni sama mcm ikan jeruk ke cik tipah oii.....terima kasih n thank you
Reply Deletememanglah sedap..
Reply Deletehttp://adzriel.blogspot.com/2011/04/ikan-wadi-dengan-kari-telur-je.html