STEVIA - PENGGANTI GULA- PEMANIS SEMULAJADI TANPA KALORI

Fakta Gula

APAKAH GULA?

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.

APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?

WHO (2003) menyarankan tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g) bagi dewasa

APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?

Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003
Sehari - gula yang ditambah dalam minuman sahaja -7 sudu teh (35g). Ini belum termasuk gula dalam makanan

Anggaran pengambilan gula sehari tahun 2009 - 25 sudu teh shari (125g)


Berdasarkan artikel diatas agak-agaknya berapa la jumlah gula yang kita ambil setiap hari ye. Tak hairan la orang Malaysia kini diancam pelbagai jenis penyakit akibat GULA

Semua orang tahu bahaya gula tapi disebabkan tanpa gula minuman dan makanan kita jadi tak sedap maka orang tetap mengambil gula. Agak-agaknya apa lah cara yang terbaik untuk kekalkan kemanisan dalam minuman dan makanan tanpa menggunakan gula?

Cik Tipah ada jawapannya

MEMPERKENALKAN

PEMANIS SEMULAJADI DARIPADA POKOK STEVIA


Pengenalan

Stevia adalah pokok renek Amerika Selatan yang berasal dari Paraguay di mana daunnya telah digunakan sebagai pemanis oleh orang india Guarani beribu-ribu tahun dahulu.

Walaupun rakyat India telah menggunakan Stevia sekian lamanya tetapi ia mula dikenali pada 1899 apabila tumbuhan ini ditemui oleh M.S Bertoni. Beliau memerhatikan bagaimana kaum asli menggunakan pokok stevia memaniskan minuman mereka yang pahit.

Kandungan Stevia
Bahan utama stevia adalah Stevioside dan Rebaudioside dan kedua-dua bahan ini mempunyai banyak kelebihan. Ia BEBAS KALORI dan mempunyai rasa manis yang tinggi berbanding gula tebu.
Stevia telah dibuktikan mempunyai rasa yang manis 200 kali ganda berbanding gula biasa

KELEBIHAN STEVIA
  • Stevia BEBAS KALORI
  • Rasa manis yang tinggi. 200 kali ganda berbanding gula biasa Guna sedikit sahaja.
  • Tiada toksik
  • Karbohidrat sifar
  • Mampu mengawal selera makan - Sesuai untuk mereka yang sedang diet
  • Mampu mengawal kandungan gula dalam darah
  • Ia semulajadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine
Kualiti ekstrak stevia sebenar ditentukan oleh sejauh mana keberkesanannya membantu pemulihan kesihatan dengan mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah dan tekanan darah kerana herba stevia ini lebih dikenali sebagai ‘ubat kencing manis’ di negara asalnya.

Stevia telah digunakan secara meluas sebagai pemanis dan makanan tambahan kesihatan di Jepun, Korea, Kanada, dan Amerika. Jepun dan Korea menggunakan telah menggunakan ekstrak stevia lebih dari 30 tahun sebagai pemanis semulajadi dalam minuman berkarbonat, jus buah-buahan, minuman kesihatan dan sukan, yogurt, pencuci mulut dan pudding, snek, gula-gula, coklat, pastry, mee, sos soya, jeruk, dan biskut.

Lebih dari 150 kajian perubatan mengesahkan bahawa stevia adalah tidak bertoksik dan selamat untuk kegunaan manusia.

Stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pemanis semulajadi dan sebagai bahan dalam makanan dan ianya juga telah diterima dan diluluskan oleh lebih 20 negara.

Bebaskan Diri Dari KALORI. Gunakan Stevia Hari Ini

Jika nak tahu ingo mengenai STEVIA boleh semak kat link kat bawah ni

INFO STEVIA - WikiPedia

INFO STEVIA - Akhbar NST 23 Mei 2010

INFO STEVIA - Sisipan NST Sunday People

INFO STEVIA - Coca-Cola pun dah nak guna STEVIA

PRODUK STEVIASUGAR CORPORATION


SureVia

STEVIA dalam bentuk serbuk putih

Hanya RM15.90 - 50 gram

Klik sini untuk maklumat lanjut



Teh Herba Stevia Dr Sweet

Teh herba gabungan 6 herba terpilih. Stevia, pokok Amla Melaka, Jambu Merah, Roiboss, Serai, LemonMyrtle dan tidak mengandungi gula.

Harga = RM28

Klik sini untuk maklumat lanjut


GreenVia

Serbuk daun stevia kering. .

Harga = RM 25 = 50 gram

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut


DAPATKAN PRODUK STEVIASUGAR HARI INI JUGA!!!!!

0 comments:

Post a Comment